Perjalanan kami suami isteri bermula pada 6 Oktober (hari ke2 Aidil Adha). Pada hari yang sama anak bujang kami juga balik ke Kuching untuk meneruskan pengajiannya di UNIMAS. Sedih juga masa nak berpisah tu sebab dia tak dapat ikut, ada kelas. Kami berpisah di sini.
Di KLIA sebelum penerbangan
Kami menaiki Mas terus ke Auckland. Penerbangan 9.45 malam dan Alhamdulillah kami sampai ke Auckland lebih kurang pukul 1.00 petang. Waktu NZ awal 5 jam dari waktu Malaysia. Di Auckland airport kami telah melalui pemeriksaan kastam yang agak ketat. Walaupun pertama kali ke NZ, pengalaman ke Australia banyak mengajar kami untuk melepasi pemeriksaan kastam NZ. Tetapi, 2 botol jem yang aku masukkan dari dalam kapal terbang semasa sarapan telah mengakibatkan beg yang ku sandang diselongkar oleh pegawai kastam NZ tu. Yang kelakarnya bila dikeluarkan dua balang kecil jem tu dan dibaca....jem tu adalah strawberry jam made in "NZ". Aku pun tak baca apa yang tertulis dibalang kecil tu. Apa-apa pun pegawai tu tersenyum dan menyuruhkan kami berlalu...
Ini dia 2 botol jem yang jadi menyebabkan beg sandangku kena selongkar!
Di tingkat bawah airport kami telah bertemu dengan En. Suhaimi dari Ikhlas Tour yang menguruskan tempahan kereta sewa dan penginapan semasa kami di NZ ini. Bukan itu saja, En Suhaimi juga telah menyediakan Garmin yang telah dimasukkan route map pengembaraan kami di NZ ini. Itinerary yang lengkap juga telah disediakan beliau. Sebelum finalise itinerary tersebut kami dan En Suhaimi telah berbincang melalui telefon dan e-mail. Alhamdulillah dalam pelan lokasi motel penginapan juga telah beliau sediakan arah kiblat. Kepada pembaca yang ingin mendapatkan khidmat beliau boleh menghubungi nombor telefon +64212091079. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang telah mmemperolehi PR NZ dan telah menetap di sana lebih kurang 6 tahun.
Setelah selesai urusan dengan En. Suhaimi kami bergegas ke terminal domestic untuk penerbangan ke Christchurch. penerbangan kami pukul 4.15 petang. Kami yang pertama kali di Auckland International Airport ni, telah bersusah payah angkut beg yang besar dan berat naik bas ke domestic terminal sedangkan check-in serta bagasi boleh dibuat di International Terminal tu je....huhuh...kesian kami.
Penerbangan ke Christchurch dengan Air New Zealand. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami mendarat di Christchurch lebih kurang pukul 5.45 petang waktu NZ.
Pandangan dari udara ketika kapal terbang hampir mendarat di Christchurch.....Subhanallah cantik
Cuaca dah mula sejuk... Usai urusan bagasi kami bergegas ke luar untuk urusan kereta sewa. Segala urusan sewa dan bayaran telah dibuat oleh En. Suhaimi dan kami ke kaunter untuk hal dokumentasi dan ambil kunci. Walaupun ada misunderstand sikit, Alhamdulillah kunci kereta sudah berada ditangan kami. Kami terus ke kawasan parking kereta sewa di luar bangunan terminal. Putar2 juga cari kereta sewa kami dan akhirnya tu dia, biru wei dan agak baru. Jam dah hampir 6.30 petang dan cuaca dah sejuk. Apa lagi kenalah keluarkan jaket utuk memanaskan badan. Hari pun hampir gelap, dah senja.
Masa ni dah sejuk sangat...tapi Alhamdulillah happy sangat dah sampai NZ
Inilah kereta sewa kami yang akan membawa kami menjelajah bumi NZ ini.
Tanpa membuang masa, selepas check kereta sewa tu dan setelah memastikan semua ok, Abang ambil gambar kereta tu dulu, bukan apa, kalau apa2 nanti ada bukti. Minyak pun penuh, jadi Bismillah..bermulalah pengembaraan di NZ ni. Destinasi kami ialah ke motel penginapan. Penat memang tak terkata, dah hampir 24 jam kami tak berehat lagi. Perut pun dah berkeroncong, badan berlengas dan yang pasti untuk tunaikan kewajipan kepada Allah...Subhanallah. Akhirnya sampailah kami ke Rosewood Court Motel di Sherbone Streets, St Albans, Chrischurch. Motel ini milik pasangan suami isteri dari Korea. Urusan check-in juga lancar dan dihadiahkan satu botol kecil susu fresh.
Tak ambil lak gambar motel tu, ni gambar depan motel tu sebelum ckeck-out..
Kami bermalam di motel ini, dan besok kami akan meninjau-ninjau bandar Christchurch ini dan tengahari akan meneruskan perjalanan ke Tekapo........
No comments:
Post a Comment